Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 3

Assalamualaikum . . . 


          Hari ni hari ketiga aku cabar diri aku buat cabaran ni untuk menulis blog. Sebenarnya dah lama tak update dan jarang update entry blog setiap hari. Sebab tu aku cuba challenge diri aku kali ini untuk menulis blog dalam 7 hari berturut-turut sahaja. Sebenarnya, tak lama pun 7 hari tu. Hahaha... tapi saja ja nak test dulu.



             Nasib baik hari ni sakit perut dah kurang. Alhamdulillah.. Entry ni tak ada apa yg special pun sebenarnya. Cuma nak cerita nasi atau jenis lauk yg menjadi kebiasaan untuk aku pilih sebagai makan tengah hari aku. Aku lebih suka lauk yang lebih simple sebenarnya. Jenis gulai2 macam tu ikut mood. hehehe.. atau erti kata lain memang jarang pilih lauk yg lebih berat macam gulai atau masak kurma macam tu.




Tempe antara yg aku suka makan. Bukan aku ja, kami satu family kat rumah suka sangat makan tempe. Selalu kalau goreng tak sempat tunggu nasi masak, tempe dah tinggal separuh sebab banyak tangan2 yg 'curi' tempe lalu tempe itu disembunyikan senyap2 dalam mulut masing2. Hebat permainannya! hahaha




Sayur, aku pilih sup sayur ja. Panas2 lagi baru kena letak dalam serving dish. Sedap hirup sup sayur. 



Tempe....oh tempe... Tempe-mu aku kurang berselera makan! Cia..cia..cia...


Okay! Settle isi perut. Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. 


        Lepas habis kelas pukul 3 tadi, singgah koperasi dengan roomate nak beli roti untuk makan masa sarapan nanti kat bilik. Pastu teringin benda lain pulak. Macam sedap ja air ni...ambik jugak. . heheh




Sekian saja laporan untuk hari ini. ilal liqa'!









Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 3 Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 3 Reviewed by Cik Qenari on Wednesday, November 15, 2017 Rating: 5

3 comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.