Oat Cookies yang sangat mudah dan sedap!

by - Wednesday, February 22, 2017


Assalamualaikum . . 

Selamat petang. Sedap jugak petang2 macam ni makan biskut dengan teh O atau kopi O...mmmm...sedapnya kopi. heheh






Tunggu turn nak masuk oven

Biskut ni buat ikut suka hati sebenarnya. Apa bahan yang ada, saya adunkan sekali. Sebab masa ni rasa mcm nak mengunyah2 biskut dengan susu. Selongkar dapur tengok ada laa sikit bahan nak buat. Tak banyak pun bahan yang kena guna. 

Bahan untuk buat Oat Cookies yang simple ni:

  • Tepung gandum
  • Tepung kastard (nak ambik bau)
  • Nestum
  • Oat
  • Kismis
  • Baking Powder
  • Soda bikarbonat
  • Gula
  • Garam
  • Marjerin (dicairkan)
  • Esen vanilla
  • Kacang Hazel (yang dah dipanggang)

Adunan yang dah siap

Tak payah pukul marjerin dengan gula sampai kembang. Cuma cairkan marjerin campur sekali dengan nestum dan oat. Saya masukkan ja dalam microwave. Lepas marjerin dah cair dan sebati dengan oat + nestum, masukkan semua bahan2 lain. Adun sampai sebati. Siap doh. Then, boleh bentukkan. Pasal sukatan bahan2 pulak saya main agak2 ja. 






Jadi, ehem ehemm... taraaa... wangi serumah macam nak raya dah sebab bau biskut.







Senang kan?? kot2 laaa terkejut tergempaq nak buat biskut terjun2 boleh laa...kan??? 

Rasanya sangat rangup. Tak manis, pastu bila kunyah pelan2 boleh rasa masam2 manis dari kismis tu. Saya suka oat. Lagi2 kalau buat biskut. Hmmm...kalau tambah chocolate chips lagi sedap kot.
















You May Also Like

9 comments

  1. Suka biskut yg rangup lemak2 manis macamni. Cair di mulut gituu~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? cair di mulut tu yg sedap ..hehe

      Delete
  2. Tengok gambar cookies ni macam sedap! huaaa menduga betul tengok pagi buta mcamni haha. boleh cuba buat nanti macam senang ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang jaa...gaul semua bahan terus jadi. confirm!..

      Delete
  3. Saya baca je. Memang tak tau nak buat. Mictowave pun saya tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja nak buat. microwave tak penting pun. nak cairkan butter/marjerin atas dapur api pun boleh. saja ja guna microwave sebab malas nak cari periuk kecik..hahah

      Delete
    2. Saya ada periuk kecik satu je. Itu pun dah bocor.saya tak tau kenapa bocor. Tiba2 dah bocor. Tikus gigit kot. Tapi rumah saya tak ada tikus.

      Delete
  4. wahhh nampak sedap! boring boring kena try jugak nieyh hakhak

    singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/pops-eatery-wangsa-maju.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hilangkan boring sambil tu boleh nguyah2 kan?? hehehe

      Delete