Kisah Cucur Badak yang Seram

by - Tuesday, March 07, 2017

Assalamualaikum... selamat pagi. Dah sarapan ke belum? saya dah sarapan peknga dengan gulai ikan pekena pulak dengan air kopi O. Terima kasih mama sebab masak sedap. heheheh


Jarang update sebab agak sibuk sikit. Walaupun tengah menganggur sekarang ni. Penganggur berjaya hokayy!! Menganggur pun tak adalah tak buat apa-apa kerja langsung. Ada la bisnes family kecil-kecilan dari rumah. Tolong2 mama niaga kecik-kecik. Abah dengan mama saya tak bagi kami adik beradik kerja part time kat luar. Tak tau lah kenapa. Pujuk macam mana pun diorang tak izinkan. Diorang lebih suka kalau buat niaga kecik-kecik dari rumah. Melainkan kalau dah habis belajar pastu dapat kerja tetap tu tak apa. Lagipun dari kecik kami adik-beradik dah biasa tolong mama buat katering dulu. Kerja masak2. Kuih raya pun buat jugak.. tapi dah 3 tahun berhenti sebab tak ada orang tolong kat rumah. Masing2 sibuk belajar.


Sekarang ni, dalam rumah ada 3 orang penganggur sebenarnya..hahah..saya dan 2 orang adik saya (lepasan diploma, stpm dan spm). Peluang kami nak niaga balik sambil2.


Image result for hantu anime


Okay. Balik pada cerita. Minggu lepas ada ambik tempahan jamuan cikgu skolah. Nasi tomato + ayam masak merah + cucur badak + kuih tepung gomak (setengah orang panggil kuih abuk-abuk). Nak kena masak untuk 67 orang ja. Tak ramai pun sebenarnya.  Kuih sorang 4 bijik, 2 biji tepung gomak 2 biji cucur badak. So, total semua 134 biji cucur badak dengan 134 biji kuih tepung gomak. Yang lambatnya tang buat kuih tu la. Kena buat satu-satu dengan penuh kasih sayang..nak buat inti lagi...hadoii

Nak dijadikan cerita cucur badak ni la seram sikit. Seram bukan apa, sebab 6kg ubi dengan 7kg tepung kena buang macam tu ja..Ya Allah... Tak tau lah kenapa. First time jadi macam ni. Ubi tu dah rebus semua elok dah. Tak dak tanda2 yg ubi tu rosak pun.


Masa bancuh tepung, kami hairan dan pelik kenapa tepung dah 2kg adunan masih lembik. Susah nak dibentukkan. Rupa adunan tu macam tak campur dengan tepung langsung. tak boleh jadi ni. Tambah lagi...sekilo...2 kilo...sampai 5 kilo...pastu biarkan rehat kejap. Lepas isyak baru nak sambung balik buat cucur badak tu sama2.


Masa dah ready2 semua nak start buat, sekali tengok adunan tu lembik lagi. Betul2 macam kurang tepung. 5kg tepung untuk 6kg ubi tu banyak sangat. Bukan lawak2. Mama saya masih tak puas hati lagi. Esok pagi dah nak kena siap dah. Kakak dengan adik saya 'lari' kejap pergi kedai tambah beli tepung gandum. Last2 kena tambah tepung sampai jadi 7kg untuk 6kg ubi. Banyak tuhh!!!


Dah buat separuh jalan, saya tolong goreng separuh masak mana yang dah siap. Kiranya pagi esok baru goreng betul2 jadi cikgu2 tu dapat makan cucur badak panas2. Nak tau apa jadi?? Sepraiissss!!! Cucur badak tu merekah, lembik serap minyak pastu ada yg hampir terburai keluar inti. Hadoiii....mama kata awat jadi lagu ni? Ni bukan lagi cucuq badak!! bau dia pun mcm lain sikit. huwaaaa....berhenti buat terus. Tak pernah2 jadi macam ni. Bukan tak biasa buat. Ubi tu dah rosak. Sebelum rebus  ubi tu tengok elok ja. Lepas dah siap rebus tak bau masam apa pun.




"Tak boleh ni. Tak baik nak menipu orang bagi benda makan tak elok. Biar la rugi sikit. Sampai 7kilo tepung pun masih lembik. Pediaa ni??" - Mama

"Tak pa lah...anggap ja takdak rezeki. nak buat macam mana" - Abah


Akhirnya, semua adunan tu buang dalam plastik sampah. 2 besen adunan cucur badak.


Huuhh...semput tengok terpaksa buang macam tu ja. Kalau makan pun dah tak sedap sebab dah hilang rasa ubi. Dah terlampau banyak tepung. Pagi esok, masa saya dengan adik tengah siapkan kuih tepung gomak, sempat jugak abah pergi pasar dalam pukul 8.00pagi mcm tu nak beli ubi 6kg. *Nasib baik abah mengajar petang* .


Abah dgn mama mcm tak puas hati sebab tak dapat penuhi order mcm yg orang nak. Buat jugak. Nasib baik sempat siap tepat pada masanya. 9.00 pagi buat balik cucur badak yg baru. Buat adunan yang baru ni tepung guna 1.5 kg jaa...Siap goreng semua dalam pukul 11.00 pagi. Pukul 11.15 makanan semua dah nak kena ada sana dah. Elok la masa tu nak kena hantar. Sekolah tu dengan rumah tak jauh mana pun. Alhamdulillah...legaaa walaupun terpaksa rugi sikit.



*Gambar cucur badak yang pelik kejadiannya tu tak sempat nak ambik sebab kelam kabut masa tu. Tak sempat nak main handphone bagai.*


*Jadi saya share gambar sate yg kami buat jual sebagai ganti..hehehe.. kami buat jugak sate frozen*










You May Also Like

7 comments

  1. Mesti power masak nih. hehe. Terliuqq tengok gambar sate tuh. Kiki

    Takpelaa xjadi pun cucur badak tu, takde rezeki kat situ kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..takde la power masak. boleh laa sikit2 sbb dah biasa tolong mak masak jamuan dari kecik lagi..masih belajar ni.

      Delete
  2. ingat cucur badak tu berkait dgn hantu 😂😂😂 takpalah, redha je terpaksa buang tepung & ubi tu. tapi, sayangkan... ada hikmah dsebalik semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang tu memang sayang..tapi tak ada rezeki kan

      Delete
  3. Saya faham perasaan dia macam mana bila ambik order tapi benda tu tak jadi sebab mak saya niaga pun pernah kena macamtu. Tapi bukan buat cucur la haha.

    Kadang2 masalah tepung juga tak elok. Rasa membazirnya ubi yang banyak2 tu tapi at least tak tipu orang lah kan. tak sampai hati nak jual kat orang kalau kita sendiri tengok pun dah lain.

    ReplyDelete
  4. Assalamulaikum,
    Bukan ke orang guna keledek untuk buat cucur badak. Tapi kamu kata ubi. Entahlah, saya memang tak tau masak. Arwah bini dulu tak ajar saya.

    ReplyDelete