Oat Muffin

by - Friday, April 21, 2017

Assalamualaikum... 

Lamanya tak update blog. Macam2 hal tak dapat dielakkan (macam2 laa sangat..hihi). Sibuk dengan kenduri laa, isi UPU laa yg tak reti2 siap awal (upu ada masalah server, dah la payah nak isi. Tengah isi borang tiba2 logout sendiri pastu tak ter-save. penat. salah sendiri jugak update upu last minute..padan muka), dan sebagainya (macam ayat karangan sekolah)

Kesian blog ni kena tinggal lama2. Macam banyak jugak la cerita nak dikongsi. Nanti update berjemaah laa jawabnya. HAHAH
Lupakan pasal tu kejap. Kali ni nak share resipi lagi. Semalam try buat Oat Muffin. Cari2 resipi ada ka orang buat oat muffin ni. Rupanya ada...Senang jaa!


 
Oat Muffin (resipi daripada Iris Kitchen)

  • 1 1/4 cawan oat
  • 1 1/4 cawan susu (saya pakai susu tepung ja. 3 sudu besar pastu tambah 1 1/4 cawan air)
        *Rendam kedua2 bahan tersebut*
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak jagung (saya pakai minyak masak sebab minyak jagung takdak)
  • 3/4 cawan gula perang (saya pakai gula putih biasa sebab gula perang tak dak jugak)
  • Kacang hazel (agak2 ja. suka hati hang nak letak banyak mana..)
  • Kismis (lebih kurang sama banyak mcm kacang yg hang letak tadi..heheh)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil vanilla esen (yang ni pun stok dah habis. jadi saya gantikan dengan parutan kulit limau)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Untuk hiasan atas, saya tabur kuaci (sunflower seeds) - kuaci yg dah siap buang kulit. Kebetulan ada lagi dalam peti ais.
AMARAN: JANGAN DERA HAMSTER ANDA SURUH KOPEK KULIT KUACI. KESIAN DIA.

Mula2 sekali, campurkan telur, minyak, gula. Kacau sebati. Pastu masukkan oat yang sudah direndam dengan susu. Untuk bahan kering, ayak  dahulu tepung dengan baking powder supaya betul2 sebati nanti. Saya menyesal sebab malas ayak dua bahan tu. Bila muffin dah siap dibakar, ada bahagian yg saya boleh rasa baking powder yg tak sebati dengan adunan. Uwekk!! TAK SEDAP.


Campur bahan2 kering yang lain. Kacau sebati. Jangan overmix. Texture muffin dengan kek tak sama. Kek lebih gebu dan liang udara dia lebih halus. Muffin permukaan lebih kasar dan tak gebu. Muffin ni umpama cekodok versi omputih. Sebab? Konsep dia gaul kesemua bahan, tak perlu pukul gula dengan butter ka apa sampai kembang. Sangat ringkas. 


Saya baru paham apa beza muffin dengan kek sejak chef orang putih dalam tv (tak ingat sapa nama dia) tu explain betul2 dengan steps yang betul. Dia pesan jangan overmix adunan muffin takut jadi keras pulak. Dulu masa sekolah lagi, ada pernah cuba pertama kali. Masa tu tak jadi sangat. Macam keras sikit..hahah 


Kali ni jadi, sebab tu saya share dekat sini. hihihi
 Senang kan?? Campur-campur bahan dah jadi muffin.

 

















Enjoy!











 


You May Also Like

2 comments

  1. Menarik juga ni! kalau spread kan dengan nutella on the top of the muffin pun macam sedap haha suka-suka ja ubah resipi orang.

    ReplyDelete