Siapa saya?

 

Salam kenal. Saya Fatin. Penulis dan pemilik Blog Cik Qenari. Suka bercerita dan berkongsi di laman ini. Ada impian yang besar dan suka berangan. Bagi saya, tak salah `berangan-angan`. Impian yang mempunyai gambaran yang jelas adalah melalui angan-angan. Paling penting, iringi impian kita dengan usaha yang setimpal, doa dan tawakkal.




Bagaimana boleh tercetusnya idea nak bina blog peribadi santai-santai ni?

+ Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang introvert. Saya lebih suka `bercakap` melalui tulisan. Selalunya saya agak sukar untuk melontarkan pandangan dalam sebuah komunikasi berkumpulan. Akhirnya, saya hanya pendam dan bercakap bila terasa perlu. Sebab itulah idea, cerita atau segala bentuk perkongsian saya suka ekspresikan dalam bentuk penulisan di media sosial (itupun tak banyak)

+ Mula menulis blog ketika tahun 2010. Tapi blog lama tu saya dah delete account. Tiba-tiba ada keinginan balik nak menulis blog pada tahun 2017. Hiihihihi...hati manusia boleh berubah-ubah.



Minat? Hobi?


+ Saya suka masak. Saya suka makan. Semua manusia suka makan. Tipulah kalau tak suka. Siapa tak suka, dia alien dari planet Marikh. KAH! Dalam Blog Cik Qenari juga saya banyak berkongsi resepi yang saya cuba sendiri. Ada juga dan mungkin lepas ni lebih banyak saya akan kongsikan resepi masakan bonda saya. 


+ Saya juga meminati fotografi. Lebih kepada `food photography`. Saya tak mahir mengendalikan kamera DSLR. Belum mampu dan belum terfikir nak beli. Pakai phone sahaja sekadar suka-suka. Saya akan kongsikan gambar-gambar makanan yang saya pernah ambil sekadar suka-suka dan untuk marketing purpose bisnes kecil-kecilan kami sekeluarga. Harap jangan sakit matalah tengok, sebab tak setanding kualiti photographer di luar sana. Hiks!


Bisnes kecil-kecilan saya. . . 

+ Yupp! Saya Pengedar Sah untuk produk Tepung Hairan di Sabah. Tahu tak rahsia buat kek dengan menambah 2 bahan? Tepung Hairan lah jawapannya. Tepung Kek 2 Bahan #No.1 di Malaysia!

+ Nak cari jam tangan berkualiti tinggi dan trendy? Paling best setiap pembelian jam tangan FREE POSTAGE seluruh Malaysia, dapat FREE GIFT berlambak, 6 bulan warranty. Pembelian combo jauh lebih murah. Makin banyak, makin murah. 


+Let's support my small business! Below here are the socmed account for my business ;

+ Follow IG Business  : @zufa.store

+ Like & Follow FB Page : @zufapage

+ Follow Twitter  : @zufaPromoist                                              


Social Media? 

Let's be friend! Let's follow each other.

Twitter : @fatien_nfaf

+Instagram : @fatin_nfaf

+Pinterest : @cikqenari

Do email me for any enquiry or business purposes :  cikqenari@gmail.com









Siapa saya? Siapa saya? Reviewed by Cik Qenari on Sunday, October 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.