Resepi Bengkang Ubi Kayu - Garing di luar, lembut dan padat di dalam!

<img src="bingka.png" alt="Resepi bengkang ubi kayu">

  'BENGKANG' atau 'BINGKA'?

Tak kisahlah. Kedua-duanya sama sahaja. Rasanya perkataan 'bengkang' selalunya orang dari negeri utara yang guna. Kuih orang lama ni memang sedap! Pekena sekali kopi O panas memang padu baq hang!! Bengkang ubi kayu rasa lemak-lemak manis, teksturnya garing di luar. Bila kunyah, dapat rasa teksturnya yang sedikit kenyal, lembut dan padat. Kali ini, saya nak berkongsi resepi bonda saya. 



Resepi Bengkang Ubi Kayu - Garing di luar, lembut dan padat di dalam!

Okay, jom terjah dapur bonda saya!

Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan kelapa parut
  • 1kg ubi kayu (kalau rajin, parut. Kalau nak cepat, potong kecil dan kisar)
  • 2 senduk gula
  • 1 1/12 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Garam
  • Pewarna kuning (kalau nak warna kuning keemasan)
  • Marjerin

  




  


Cara-cara :

1. Kisar ubi kayu dan kelapa parut.
2. Campur kesemua bahan lain.
3. Tuang ke dalam loyang. Tambah marjerin atas adunan bengkang.
4. Bakar dalam ketuhar hingga masak dan garing keemasan.
5. Tunggu sejuk barulah potong. Siap dan bolehlah makan.



Bengkang Ubi Kayu dah siap!


                               


Selamat mencuba semua!





Resepi Bengkang Ubi Kayu - Garing di luar, lembut dan padat di dalam! Resepi Bengkang Ubi Kayu - Garing di luar, lembut dan padat di dalam! Reviewed by Cik Qenari on Thursday, March 04, 2021 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.