PERMOHONAN UPU ONLINE KINI DIBUKA

by - Wednesday, February 08, 2017

Assalamualaikum...

Baru dapat buka laptop. Baru dapat nak update.
Okay berbalik pada tajuk kali ni. HEHEh..Permohonan UPU Online sudah dibuka bermula 6 Feb hingga 30 Mac 2017.

 Jom kita sama-sama beli nombor pin di BSN sebab saya pun nak mohon jugak. Jadi sejarah tahun ni sebab kami 3 beradik nak isi UPU tahun ni. Saya (lepasan diploma), dengan 2 orang adik sorang lepasan SPM sorang lagi lepasan STPM. Amekaww!! Doakan  kami mudah-mudahan dapat sambung belajar dalam bidang yg kami pilih nanti.


Nombor pin sekarang berharga RM15.64 termasuk GST *GST memang tak tinggal. Ada jaa kat mana2 pun*. Individu yang layak mohon adalah lepasan SPM, STPM, STAM, diploma, matrikulasi/asasi dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web rasmi  UPU.

Cepat2 pegi beli nombor pin tu. Lagi awal isi lagi bagus sebab sempat la nak survey bidang apa yg agak sesuai ataupun yang kita minat. Tak la kelam kabut sangat kalau isi  UPU awal pun kan??











Selamat maju jaya kepada yang memohon!


Portal rasmi UPU ----  http://upu.mohe.gov.my/web/














You May Also Like

0 comments