Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 6

by - Saturday, November 18, 2017

Assalamaulaikum. . .


Hari ke-6 untuk entry kali ni. Sabtu. Hmm...macam biasa. Selalunya aku akan bertapa dalam bilik sebab malas nak turun semata-mata pegi kafe. Makan ja apa yg ada. Sanggup tau. Tapi kalau dah lapar sangat tu, turun la cari makan.



Lepas mandi, sebelum mula mengemas bilik yg dah serabut selama seminggu tu, sarapan dulu. Neslo panas dengan roti sapu planta tabur gula (teringat kecik2 selalu makan macam ni).


Untuk makan tengahari makan mi segera ja. Indomie cili hijau. Indomie yg perasa cili hijau ni memang sedap!!! Sapa jenis suka makan cabai mesti suka. Sebab aroma cabai hijau tu unik. Dia ada aroma dia tersendiri.


(hmmmm...berguna juga drawing board aku buat layout nak ambik gmbar)











Gaul dengan semua perencah, dan sedia untuk dimakan!!!



          Kenyang sampai petang makan indomie tu.. hahah...Ingat lepas maghrib nak turun pegi kafe beli nasi ka apa. Tapi macam kenyang. Tak terasa nak makan makanan berat. Tapi rasa nak makan yg manis2 pulak. Sekali sekali makan moist cake malam2. HihIhi














Moist cake ni student kat kolej ni yg jual. Siap delivery depan bilik lagi. Sedap jugak sebab tak manis! Makan tak sampai separuh dah muak dan kenyang. Simpan untuk esok pula. 




      Alhamdulillah untuk rezeki hari ni! Sekian laporan untuk hari ke-6. 







You May Also Like

1 comments

Popular Posts