Apa Khabar Blog Saya?

Assalamualaikum. . .





breakfast nescafe dengan roti kosong ja. 




          Udah lama nggak ketemu! heheh...kesian blog aku ni. Terbiar sepi, dan terus menyepi. Sibuk sejak kebelakangan ni. Kalau ada ja masa, masa tu banyak dihabiskan untuk benda lain. Sebab dah lama jugak tak buka blog sebab laptop rosak. Sedih!

          Hmmm..ini entry pertama aku selepas menjejakkan kaki ke UPM. Phewww! Macam-macam cerita ada sejak aku jejakkan kaki ke sini. Ini kira pertama kali aku berjauhan dengan keluarga untuk sambung belajar. Sebelum ni, setiap minggu boleh balik rumah. Tapi kali TIDAK.



Masa ni nak balik dah. Cuti mid sem dah habis.



Apa perasaan dapat belajar kat UPM ?...

          Alhamdulillah, syukur dapat sambung belajar. Seronok. Walaupun masa mula-mula dulu, rasa macam down sikit sebab kebanyakan classmate semua adik2 dari lepasan matrik dan asasi. Aku cuma lepasan diploma. Sis insikiyo tau! heheh..tak adalah. Gurau.

          Masa kena hantar time mendaftar hari tu, lepas dah salam peluk cium dengan kakak, dan lambai dia dari jauh time tu rasa  macam. .. .
"Apa aku buat kat sini?" 

          Rasa mcm nak ikut balik KK sama. Nangis tersesak-esak dah masa tu hentak2 kaki... K tu tipu! Sis hati kental okay!! sedih gak masa tu teringat mama abah dengan adik2 kat Sabah. Kakak sorang ja yg hantar aku kat sini. Thank you kak luangkan masa walaupun tengah sibuk dengan thesis dia yg tak tau bila nak siap tu. SV dia dah bising2 masa tu. hehehe... InsyaAllah tahun depan boleh grade dah Master tu.



Suasana baru, tempat baru, kawan-kawan baru...

          Memang tak dapat dinafikan agak susah saya nak "bercakap" dekat sini. Sebab? heheh...ada beberapa kisah lawak yg dah berlaku dekat diri aku mengenai loghat yg aku guna. Aku biasa bercakap dalam dua loghat. Kedah dengan Sabah. Kedah, sebab mama abah memang orang Kedah tapi dah duduk Sabah lama. Kami adik beradik semua lahir dan membesar kat Sabah kecuali adik bongsu ja yg lahir kat loqstaq. I'm a Sabahan. But I'm not a pure Sabahan. I'm a part of Sabahan gituuu! Jadi kadang2, terkeluar bunyi Kedah, kadang2 bunyi Sabah. Classmate selalu confuse dengan aku. Sorry gaiss. Bukan tu ja, Pak Cik Kafe pun jadi mangsa. Aku tak paham apa dia cakap, dia pun tak paham apa aku cakap. Sampai dia buat bahasa isyarat kat aku. Ya rabbi..malunyaa..

Aero's Princesses... ramai  jugak la perempuan utk course batch kami kali ni. 



Gambar gelap malas nak edit. HAHAH








View dari fakulti saya. Fakulti kejuruteraan. Waktu ni baru habis kelas TiTas. 




Ok. Sampai sini ja kot nak cerita. Banyak lagi assignment nak kena buat. Tadi baru ja lepas basuh baju. Baru nak makan ni. Bye...sehingga kita ketemu lagi ya! ilal liqa'






Apa Khabar Blog Saya? Apa Khabar Blog Saya? Reviewed by Cik Qenari on Friday, November 10, 2017 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.