Assalamualaikum...
Hai semua... baru-baru ni, calon untuk lepasan STPM dan diploma (macam saya) dah boleh semak keputusan UPU. Berdebaqnyaa tak tau nak habaq! Rasa macam tengah tunggu result SPM keluar masa tu. Buka website UPU memang tak dapat nak akses sebab terlampau ramai yg online masa tu. Jadi, saya dengan adik saya semak keputusan melalui sms saja.
Alhamdulillah, rezeki kami berdua untuk sambung belajar. Adik saya yg lepasan STPM dapat UMS (dekat ja dengan rumah. Dalam 15 minit ja). Saya dapat sambung ke UPM kampus Serdang. Jauh dari rumah pulak kali ni. Ambikk kau! Sebelum ni belajar dekat Polikk setiap weekend mesti balik rumah.. heheh.. Syukur sangat2 dapat sambung degree.
Tengah syok dapat berita gembira, dalam masa yg sama excited sebab nak konvo. Yeay!! Alhamdulillah, I'm officially graduated! 3 tahun berhempas pulas untuk dapatkan Diploma Kejuruteraann Mekanikal (Pembuatan), akhirnyaaa....
Dah namanya kombokesennn mestilah nak ambil banyak gambar kan??? Cuma saya rasa agak rugi sebab tak sempat ambil gambar sekali dengan classmate ramai-ramai. Saya tak sempat join. Maklumlah, agak payah sikit nak kumpul dengan kawan-kawan masa konvo. Dengan sesak ramai orang, masa pun agak suntuk.
Banyaknya kenangan sepanjang belajar dekat Polikk ni. Kalau nak cerita semua memang banyak.
Abah & Mama
Tulang belakang saya.
Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab selalu bagi sokongan dalam pelajaran kami adik beradik. Terima kasih sebab selalu ada bila fatin perlukan pertolongan. Terima kasih sebab selalu bagi semangat untuk fatin terus belajar dari bangku sekolah lagi.
Terima kasih jugak selalu dengar kalau fatin merungut sebab rasa susahnya belajar. Terima kasih sebab selalu hantar & ambik fatin balik rumah-poli setiap weekend atau asal tak ada kelas (kakak @nfarhana224 juga driver saya yg tak dilupakan
)..Heheh. Selagi mana ada masa boleh jenguk mama, abah, kakak dgn adik2 kat rumah kan! balik rumah ja hilang stress! ajaib weyh! cuba try.
Nak belajar bukan senang! Tak kisah la course apa pun. Semuanya susah. Makin banyak ilmu yg kita terima, makin tak pandai. Sebab? ilmu tu luas. Makin kerdil kita rasa.
fatin biasa2 saja. tak pandai sejak 'dilahirkan'.
Orang selalu cakap tempat fatin belajar ni "biasa2 ja" (cakap la terus terang, 'tak glamour'. macam tu??). saya tak peduli pun, yg penting saya yg belajar, saya yg kena jawab exam, buat assignment etc dan bukannya orang lain. Tapi saya sendiri.
fatin belajar untuk diri sendiri, mama abah, kakak, dan nak jadi contoh untuk adik2 dan bukan untuk sesiapa.
weyh, sapa kupas bawang tak gitau ni!
*Copy paste caption dari IG saya.*
![]() |
Dengan adik kesayangan saya |
![]() |
Topi nak terbang..angin kuat sangat. Ni beberapa minit sebelum hujan turun dengan lebatnya. |
![]() |
Dengan kakak kesayangan saya. |
![]() |
Hujan turun lebat sangat masa ni. 2 orang lagi adik tak dapat join. Adik Am skolah, Aman kat Matrik Labuan. |
![]() |
Fakta : Classmate saya yg lelaki lebih suka dan kerap selfie/wefie berbanding kami yang gegirl ni ! |
![]() |
Ada ramai lagi sebenarnya. Tapi ramai yg tak dapat join konvo. |
![]() |
Hujan renyai-renyai gigih jugak nak bergambar sebab kalau nak kumpul esoknya lepas konvo memang payah. Lepas raptai terus pegi sini. Jubah kedut tak kisah. |
![]() |
Kasi chance laaa dengan kakak-kakak DTP ni! Tak cukup geng. Lagi 2 orang. Audrey dengan Irene tak dapat join konvo.(credit to adik junior yg ambik gambar ni). |
No comments: