Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 2

by - Tuesday, November 14, 2017

Assalamualaikum...


         Hari ni jadual tak berapa penuh sebab lab petang ni tiba2 kena cancel. heheh.. Ada jugak masa nak buat keja lain kan? Hari ni perut tak berapa sedap, mulut pun rasa pahit ja sejak smalam lepas buka puasa. Takut keracunan makanan ja sebab ada jugak tadi classmate yg hari ni datang kelas dengan keaadaan perut yg kurang selesa. Ingatkan aku sorang ja. Takpa lah. Nasib baik tak teruk sangat. Kira boleh lagi pegi kelas. Tak menganggu konsentrasi dalam kelas jugak. Ceyyhh!!  alhamdulillah...



Hari ni pegi kafe tak tau jugak nak pilih lauk apa. Ulang2 alik, dari hujung ke hujung, lauk ini yang aku pilih.






Telur masak apa ntah dengan kentang, Tu ja yg menarik perhatian aku masa tu. Teringin nak makan ikan tapi semua jenis ikan yg ada kat situ aku tak makan. hmmmm....





          Selera tak berapa sangat sebab mulut terasa pahit. Tapi beli jugak nasi takut gastrik pulak sebab tak makan apa2 langsung untuk sehari ni. Hmmm..tapi kan, kalau tengok dalam pinggan tu macam orang tengah berselera makan. hehehe...sebenarnya nasi tu bahagi dua. Satu bahagian untuk lunch, separuh lagi makan sebelum maghrib untuk makan malam.




Petang2 hujan, teringat nak minum ayaq kopi O panas2 sambil rehat kejap dari ngadap laptop buat assignment.


Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. 








You May Also Like

0 comments

Popular Posts