Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?"

by - Monday, November 13, 2017

Assalamualaikum


Rasanya nak buat la cabaran untuk diri sendiri berblog. Nak cuba berblog dalam 7 hari berturut-turut pasal apa yg aku makan. Tak kisah la makan apa pun janji makanan. Hahaha... Nak cuba disiplin bahagikan masa antara benda lain dengan masa untuk aku belajar atau buat kerja macam assignment dan sebagainya. Boleh kot... harap2 menjadi la. Sebab aku bukan jenis yg disiplin dalam segala hal. Jadi, mungkin aku dapat belajar sesuatu mengenai pembahagian masa antara berblog dengan masa belajar. Tak ada la kalau ada masa lapang sikit main handphone ja kan? 





Sebenarnya aku dah mula rasa bosan nak makan apa dekat kafe kolej. Habis itu ja tempat makan yg terdekat pun. Atau aku homesick? Rindu masakan mama kat rumah? Huwaaaa...tak sabar nak habis exam nak balik. *Balik Sabah terus, atau balik Kedah kejap? Macam rindu pulak Tokwan, Maktok (belah mama) dengan Tok (belah abah) pulak.* Semalam tiba2 teringat diorang.


Petang satgi nak turun beli makan untuk buka puasa hari ni. Agak2 nak makan apa ya?? Hmmm












You May Also Like

0 comments

Popular Posts