Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 7

Assalamualaikum . . .


          Hari ni hari ke-7, hari terakhir untuk Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" ..... Tak sedar dah seminggu. Rasa macam kejap sangat. 


          Hari ni, lunch aku turun kafe untuk cari makanan yg bersesuaian dengan selera aku hari ni. Lama termenung depan menu nak pilih juadah apa aku nak makan. Sebenarnya bukan tengahari aku turun ke kafe. Tapi dah petang masa tu. Pukul 4 dah. Nasi campur memang tak ada dah masa tu. 

Akhirnyaaaa....nasi goreng paprik jadi pilihan!





Sedap jugak makan panas2 ni. Atau perut tengah lapar kot? 










Terliur tak tengok cucur ubi ni?  Rangup tau!!



          Nak keluar dari kafe tu, asyik pandang dua tiga kali kat tempat akak tu jual cucur. Sedap pulak petang2 makan cucur ubi atau pisang goreng. Kena pulak dengan air teh o atau kopi o panas memang nikmat. hehehehe... alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Settle isi perut.



       Sekian saja entry yg terakhir untuk hari terakhir Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?".... Walaupun tak ada apa sangat yang menarik untuk aku paparkan setiap entry aku. Tapi aku cuba buat sesuatu. Aku akan cuba perbaiki lagi dari semasa ke semasa dari segi pengisian dan penulisan blog yg tak seberapa ini. Akhir kalam, terima kasih pada yg sudi jengah blog yg serba kekurangan ini dan sudi membaca. (dah macam penutup karangan upsr la pulak)



p/s : hari ni line wifi sangat slow! Nak search maklumat untuk buat assignment pun payah. Adoii...





Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 7 Cabaran 7 Hari Blog "Makan Apa?" - Hari 7 Reviewed by Cik Qenari on Sunday, November 19, 2017 Rating: 5

1 comment:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.