"Bau Apa Yang Wangi Ni?"

by - Friday, July 21, 2017

Assalamualaikum....


Macam mana raya tahun ni? Meriah tak? Masih dalam mood Syawal ka walaupun dah masuk bulan Zulkaedah ni? Hehehe...

Alhamdulillah....tahun ni saya dan sekeluarga semua dapat berkumpul beraya dekat Kedah, keluarga belah Abah saya. Jadi Team Raya Kedah laa tahun ni. Dah lama tak balik raya kat sana. Selalunya dapat balik masa cuti2 hujung tahun. Tapi kali ni seronok sangat sebab sempat jugak berpuasa dekat rumah Tok 4 hari.




Tiba-tiba rindu suasana waktu petang kat sana.



Beberapa hari sebelum balik KK, Mak Long ada jemput datang ke rumah dia makan malam lepas isyak. Buat baca tahlil sikit untuk arwah Tok Wan. Bukan ada sapa pun. Semua yang ada dalam rumah Tok. Kami 5 beradik, mama abah, sepupu 3 orang dengan Mak Lang dan Tok. Kat rumah Mak Long & Pak Long pun tak ramai. Rumah Mak Long pun sebelah ja dengan rumah Tok. Mungkin dalam 10 langkah dah sampai rumah Mak Long.



Makan dekat anjung luar rumah. Sambil makan sambil kena angin malam yg sejuk, rumah depan sawah pulak tu. Nyamuk pun berpesta jugak. Lepas selesai makan2, kemas basuh pinggan apa semua masing-masing mata macam dah berat. Perut pun kenyang. Masa tu dah pukul 10.30 malam rasanya. Balik ja rumah Tok, rehat kejap pastu masing2 nak sedia masuk tidur. Ada yg masih lepak depan tv lagi. 


Saya dengan adik saya, Tihah naik atas rumah nak sedia tempat tidur. Pastu Tihah turun bawah kejap. Tak lama lepas tu saya dengar Tihah dengan Kak Cheah (sepupu) riuh bersembang kat tangga luar rumah. 

Tihah :  "Kak Cheah pakai apa wangi2 ni?"
Kak Cheah : "Kak Cheah tak pakai apa2 la..hahah..eh tapi macam ada bau..kan?"


Saya dah dengar riuh macam tu terus turun bawah. Nak join sebab macam ada 'cerita' best..hahaah

Dah sampai ruang tamu bawah semua bising. Saya pun macam, weyy pasaipa ni???


Rupanya, ada sesuatu bau yg unik kat luar rumah. Tihah kata macam bau bunga harum sundal malam. Dulu jiran rumah kami, ada sorang uncle ni suka tanam pokok. Dia ada tanam jugak pokok bunga harum sundal malam. Memang malam2 ja bunga tu berbau harum tapi tengik. Sebab lama2 macam pening bau dia terlampau menusuk hidung. Dan bau wangi masa malam tu sebijik okay...sebijik macam bau bunga harum sundal malam. Kami tau tu bau wangi bunga harum sundal malam sebab dah terbiasa bau. 

Kak Mira (sepupu): " Hampa dapat bau macam mana? Kuat ka bau dia? Pasaipa Kak Mira  tak dapat bau apa2 pun...siyess ni...kak mira tak bau apa2 macam mana hampa dua boleh terbau wangi tu??? hahaha"


Masa tu semua orang pakat test kat luar rumah nak try hidu bau tu. Tihah sorang2 dia siap pegi cek satu2 pokok bunga kat depan rumah Tok. Dia nak pastikan bau wangi tu mungkin salah satu daripada pokok bunga Kak Cheah. Tihah kata tiba2 dia rasa seram dan macam diperhatikan sebab dah la gelap tempat pokok2 bunga tu. Pokok bunga kat depan rumah Tok, Kak Cheah yg tanam semua. Jadi dia tau setiap bunga yg dia tanam tu tak sama dengan bau wangi yg semerbak mcm malam tu.



Tak puas hati lagi, Kak Cheah dengan Tihah pegi rumah Mak Long balik nak try hidu bunga yg ada depan rumah Mak Long satu2. Masa tu diorang berani lagi laaaa sebab Pak Long semua masih dok menyembang kat luar rumah. Masa tu dah pukul 11.00 lebih. Kalau jalan sorang2 kat luar rumah seram jugak sebab banyak pokok pelam besar merimbun. Gelap lagi. Rasa macam diperhatikan. ahahahah..



Tapi yg peliknya tak semua orang yg ada dalam rumah Tok masa tu dapat hidu. Mak Lang pun yg duduk kat ruang tamu sebelum masa kejadian pun tak sedar ada bau wangi macam tu. Yang dapat bau wangi tu saya, Tihah dengan Kak Cheah ja. Ada jugak tanya diorang kot2 rumah jiran sebelah ada tanam bunga yg memang bau macam tu. Memang TAK DAK.



Dah cerita2 macam tu tiba2 kami rasa seram. Yang lawaknya masing2 pegi luar rumah tarik nafas dalam2 nak cuba bau wangi tu macam mana. Tapi memang kami bertiga ja dapat bau. HAHAH

Kak Mira dengan Mak Lang kata "Bertuah hampa dapat bau...hahaha...Mujur kami tak dapat bau apa-apa yang pelik! hahahah"



Mak Lang macam tak percaya sampai tanya banyak kali "Kuat sangat ka bau dia??"

Pintu depan rumah dah kunci. Cuma pintu tepi belum tutup pun masa kami dok menyembang pasal 'bau yg wangi' tu. Bahagian tepi rumah tu la bau wangi yg kuat tu datang dari situ. Lepas tu semua kalut nak masuk tidur.



Mak Lang  :  "Haiiihhhh....wangi-wangi jugak. Katuplah pintu tu!" 
Kak Mira  : " Satgi pakat tak leh lena laaa malam ni....hihihi"


Masing-masing rasa seram sampai terlupa nak tutup pintu tepi yang terbuka luas. Lepas tu semua cepat2 masuk tidur.


Lepas subuh. Tengok matahari terbit. Sejuknyaaaa




                             
*************
Tau tak, saya salah seorang yg payah lena malam tu. Dah terjaga pukul 3 pagi payah dah nak lena. Tidur selimut sampai atas kepala bukan sebab nyamuk ja sebab dalam kepala otak ni terbayang macam-macam.... Hahahah...adoiii










You May Also Like

4 comments

  1. kalau betul pokok bunga tu takpaaaaa la jugak kan hahaha adoiyai seram plak. tapi memang cukup ada 1 pokok kat laman memang kena gaya habis 1 rumah boleh wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram jugak la malam tu sebab sepupu saya cakap tu pertama kali dia bau macam tu. jiran2 sebelah pun tak ada yg tanam pokok bunga yg ada bau wangi. sheramm...hahaha

      Delete
  2. Kat umah CCL ada satu pokok ni . Bunganya warna putih dan akan kembang pada waktu malam saja,tapi bukan setakat kembang siap keluarkan bau ala-ala vanila lagi . Tapu tak ada la baunya terlalu kuat sampai ke rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bau wangi sedap tak apa jugak. tapi yg ni bau wangi pastu hujung2 bau tengik.. peninnngg kena tahan nafas....hahaha

      Delete

Popular Posts