Kek Batik Moist semudah 1,2,3 !


Assalamualaikum & Hai semua !


Rasanya dah lama saya tak share resepi. Agak sunyi menyepi. Bukan tiada entry yang nak dikongsikan, tapi sebab kekangan masa (kekangan masa lah sangat!!) blog saya dibiarkan sunyi lagi! Kek Batik Moist ni saya buat untuk raya aidilfitri ... Dah lama entry ni saya draf.





Resepi Kek Batik Moist :

  • Biskut Marie secukupnya - (boleh cuba biskut Marie perisa coklat. Kek Batik akan rasa macam Kek Coklat Lembab. Tapi kat kedai yg saya pergi masa tu yg biasa ja ada.)
  • Serbuk Koko 3 sudu besar
  • Susu Pekat 1 cawan + 2 cawan air
  • Garam 1/2 sudu teh
  • Nestum 2 1/2 cawan
  • Chocolate Milk Compound 400g (saya guna jenama Beryl's)









  

Okay. Dah ready bahan, jom kita start!




Patahkan biskut Marie separuh macam ni.


 


Sediakan periuk. Masukkan susu pekat dengan air. Buka api sederhana. Kacau hingga larut. 





Agak berbuih di bahagian tepi periuk, barulah masukkan serbuk koko dan jangan lupa garam. Garam untuk seimbangkan rasa manis tak terlalu menonjol tapi lemak2 gitu.




Kacau sehingga sebati, masukkan coklat. Ni cara nak buat ganache tau! Cuma saya tak guna krim atau susu. Saya guna susu pekat campur air. Tekstur agak cair sedikit.




Kemudian, masukkan nestum selepas coklat tadi dah larut. Kacau sebati. Tutup api.





Masukkan biskut marie. Pastikan semua biskut Marie bersalut. Nampak coklat berkilat macam ni terliur la pulak! 




Sediakan loyang. Lapik plastik. Saya guna plastik yang orang guna bungkus nasi lemak tuu..pun boleh! Plastic wrap habis. Pakai ja apa yang sesuai. Tujuan letak plastik supaya senang nak keluarkan dari loyang. Barulah senang nak potong cantik-cantik.

Masukkan adunan kek batik kita tadi. Ratakan dan tekan-tekan supaya padat. Nanti potong tak laa berderai. Siaaaaapppp!!!. Simpan dalam chiller. Biar semalaman. Baru cantik tekstur dia.



Oh ya! Saya taburkan serbuk koko atas permukaan kek batik ni. Nak letak topping apa2 pun boleh. 



Sedap! Tak manis, moist dan tekstur macam kek. Ada setengah orang suka kek batik versi biskut Marie yang masih rangup. Saya lebih sukakan kek batik yang teksturnya rasa macam 'KEK'. Terpulang pada selera masing-masing.







Selamat mencuba!












Kek Batik Moist semudah 1,2,3 ! Kek Batik Moist semudah 1,2,3 ! Reviewed by Cik Qenari on Thursday, September 05, 2019 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.