Toy Story 4 | Pengakhiran yang Tak Disangka






Hai semua! Siapa peminat tegar dan pengikut setia filem animasi Pixar, Toy Story semestinya tidak sabar menunggu kemunculan siri filem animasi ini iaitu Toy Story 4. Yupp, saya antara peminat Toy Story sejak kecil lagi.


Apa yang boleh saya katakan, ada plot twist di penghujung jalan cerita ini . Tengok filem animasi pun touching! Sedih tapi happy ending juga.




Woody
Tom Hanks (cast)


Bo Peep
Annie Potts (cast)
                                                                      


Bonnie
Madeleine McGraw (cast)




Forky
Tony Hale (cast)


          Woody antara patung mainan yang amat disayangi oleh Andy. Sehinggalah Andy meningkat remaja dan ingin menyambung pengajiannya di kolej, Andy terpaksa menyerahkan Woody dan 'rakan-rakannya kepada Bonnie. Bonnie seorang kanak-kanak yang cermat apabila bermain dengan Woody dan 'rakan-rakannya'.        


         Lama kelamaan, Woody hanya dibiarkan di dalam almari kerana Bonnie tidak berminat bermain dengan Woody lagi. Forky dihasilkan oleh Bonnie ketika hari orientasi tadikanya. Bonnie amat menyayangi Forky sepertimana Andy menyayangi Woody.


          Cabaran demi cabaran Woody hadapi dengan positif sehinggalah dia bertemu dengan Bo semula. Bo terpisah dengan Woody dan 'rakan-rakan' yang lain ketika Andy masih kecil lagi. Bo diserahkan kepada pemilik lain. Bo menerima hakikat bahawa setiap kanak-kanak akan melupakan dan cepat jemu dengan mainan yang mereka miliki. Bo mengambil keputusan untuk keluar ke dunia luar dan memulakan pengembaraannya.


          Dipendekkan cerita, Woody pun move on dan menerima hakikat bahawa setiap kanak-kanak akan melalui fasa yang akan melupakan mereka walaupun mereka adalah antara mainan yang disayang. Woody berpisah dengan Buzz Lightyear dan 'rakan-rakan' yang lain untuk mengikuti pengembaraan bersama Bo. 



          Walaupun sedih jugak la sebab Woody ambil keputusan macam tu, tapi Woody tetap gembira dan bahagia dengan Bo. Sis touching! huwaaaa...



Siapa yang belum tengok movie ni, pergilah tengok. Worth it, especially for those who being a loyal fan of Toy Story!


Lepas wayang, makan aiskrim dengan Adik Am pulak. Sedap jugak coffee flavour ni.










Toy Story 4 | Pengakhiran yang Tak Disangka Toy Story 4 | Pengakhiran yang Tak Disangka Reviewed by Cik Qenari on Tuesday, June 25, 2019 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.