PARATHA KENTANG - CikQ dan Periuk Comel

by - Sunday, September 02, 2018



Assalamualaikum. . . 


Percaya tak dengan bahan dapur yang terhad dan sikit boleh menghasilkan makanan yang sedap-sedap? Jom kita cuba buat Paratha Kentang untuk breakfast atau minum petang.



Garing di luar, tapi masih lembut. Tak sia-sia sis menguli lama-lama. Berbaloi tau! Rasa lebih kurang macam Paratha instant yang ada di kedai. Bangga pulak. Tiberrr!



Bahan-bahan :

Roti paratha : 

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam - larutkan dengan 1/2 cawan air


**Campurkan kedua-dua bahan. Pandai-pandai adjust. Kalau doh terlebih keras tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh lembut dan tak elastik. Lagi lama uli lagi lembut. Selesai uli, biarkan doh rehat sebentar. 


Inti (ikut kreativiti masing-masing. HEHE):

2-3 biji kentang - potong dadu
Bawang besar - potong dadu
garam secukup rasa
serbuk cili
serbuk kari  


**Tumis bawang dahulu. Masukkan bahan-bahan lain. Masak hingga empuk.




Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Letakkan inti di tengah-tengah.







Leperkan doh yang dah berinti. Kemudian, masak sehingga garing.




Makan sambil layan movie pun best!



Makan 2 keping pun kenyang yang amat! Jadi, 2 paratha yang selebihnya saya simpan untuk pagi esok. Salutkan doh dengan minyak, lebihkan minyak pun tak apa biar terendam sikit. Almaklumlah... masak dalam bilik asrama mana ada kelengkapan macam di rumah. Bahan masak pun ada ala kadar je. Tapi boleh la buat isi perut.




Breakfast saya keesokkan harinya. Dengan air teh O. Kenyang sampai tengah hari.




Sekian saja entry untuk kali ini daripada saya, Tukang Masak Amatur. Bye!





You May Also Like

0 comments

Popular Posts