PANCAKE for breakfast! - CikQ dan Periuk Comel

by - Wednesday, May 09, 2018

Assalamualaikum.

Demam PRU sekarang ni. Alhamdulillah, keputusan dah keluar. Tak pernah rasa debaran PRU sehebat ini. Pagi tadi lepas subuh, tengok phone sebab nak tahu keputusan. Rasa macam mimpi pulak. Selamat kembali bertugas Tun M! Aku dah lama tunggu Tun M kembali beraksi di pentas politik. Dulu masa Tun M jadi PM, aku masih kecik lagi dan masih tak reti bercakap. Zaman tu zaman aku gaduh dengan kakak aku main tarik2 rambut. Tapi ajaibnya aku kenal Tun M walaupun tak tahu apa2. .. hahaha..malah Tun M idola aku masa kecik. Sebab aku tak kenal mana2 artis mahupun watak kartun dekat tv yg popular masa tu.

     Ingatkan semua ni hanya angan-angan semata-mata. Alhamdulillah... Semoga dengan pimpinan baru ini, dapat membawa kembali kemakmuran dan kegemilangan seperti dulu walaupun kita percaya nak pulih balik tu bukan sesuatu perkara yang mudah dan mungkin akan memakan masa yg agak lama. Sekurang-kurangnya, Pakatan Harapan faham dengan galasan tanggungjawab yang baru ini untuk kepentingan rakyat. Suara rakyat.

   Serius! Tak pernah2 aku menangis kegembiraan dan sebak dengan apa2 yg berkaitan politik sebelum ini. Semoga Tun M diberi kesihatan yg baik dan dapat menggalas amanah negara dengan adil lagi saksama dan pulihkan kembali Malaysia yg dah tenat.


Okay! Panjangnya membebel. Kembali lagi dengan segmen entri #CikQdanPeriukComel . 
Kali ni nak share apa yg aku masak dengan periuk letrik yg kecik ni. And of course, dari bilik hostel gaiss! 

Kali ini ........PANCAKE!



Pancake tak berapa gebu sebab tak ada baking powder dan soda. Nasib baik bahan lain cukup.



Makan dengan jem blueberry....sedap tau. Kalau ada butter sapu atas pancake tu lagi sedap. Tapi tak cukup bahan.















Ini antara yang elok. Yang lain tak berapa elok kejadiannya. Boleh tengok gambar first. HAHAH


     Cuti sejak hari selasa, hari ini dan esok tanpa dirancang. Dari minggu lepas lagi minggu kemuncak kami nak buat dan submit assignments, mini project, test dan lain2...tapi minggu ni jugak banyak cuti. Haiyaaa! Banyak kena postpone. Tak lama lagi nak exam ni. 








You May Also Like

0 comments

Popular Posts