Hot & Spicy Crispy Sardine Roll - CikQ dan Periuk Comel



Assalamualaikum...

Haii semua. Salam Jumaat. Malam ni ada kelapangan sikit nak jenguk blog. Selepas dari update entry sebelum ni mengenai cuti pertengahan semester sis yang agak hambar, terfikir nak share dekat sini apa yang aku masak dan makan masa cuti seminggu lepas atau sepanjang aku belajar sini. Yupp! Masak dari bilik dorm. Makanan yang simple tapi sedap dan yang paling penting masak dari bilik dorm. Hehehe

Nak buat hashtag lah #CikQdanPeriukComel . .. kekekekeke

Okay! Entry kali ni nak share resipi paling mudah di dunia yg diberi nama, 

"HOT & SPICY CRISPY SARDINE ROLL YANG NI CONFIRM CRISPY SEBAB BUKAN RENDANG AYAM"

Tu nama dia.

Daripada nama panjang-panjang tu maka terhasillah......tadaaaaa!!





Maaf. Gambar kurang cantik. Terpaksa pakai flash. Lighting tak cukup sebab malam. Lagipun handphone sis cikai2 ja.





Ni pun sama. Gambar jadi pecah2 sebab lighting kurang. Frust. Banyak2 ambik gambar, 2 keping ni ja yang elok pun. Boleh laa gagah. Daripada tak dak langsung kan?



BAHAN-BAHAN

- Roti sandwic
- sardin (tumis dan masak sesedapnya ikut selera masing2. Sardin jangan lupa hancurkan)
- Biskut krim kraker (hancurkan sehancur-hancur hati saya sebab tak dapat balik cuti mid sem)
- Serbuk cili
- Serbuk lada hitam
- telur sebiji 


*kalau ada mozzarela pun sedap! Lemak2 dia tuhh, ada effect tarik2 lagi...nak makan pun boleh feeling macam tengah buat iklan tv.



Caranya mudah ja. Roti penyekkan. Letak inti sardin. Gulung rapat2 dan kemas. Celup dalam telur. Salutkan dengan biskut krim kraker yang dihancurkan. Goreng dalam minyak yg panas sampai garing. Angkat dan toskan. Tabur serbuk cili dengan lada hitam nak bagi rasa pedas sikit macam ayam Uncle Bob tu. Settle.




Selamat mencuba, semua!



Hot & Spicy Crispy Sardine Roll - CikQ dan Periuk Comel Hot & Spicy Crispy Sardine Roll - CikQ dan Periuk Comel Reviewed by Cik Qenari on Friday, April 13, 2018 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.