MID SEM BREAK - "KENAPA TAK BALIK RUMAH?!"

by - Thursday, April 12, 2018

Assalamualaikum...










Hai semua! MashaAllah. Makin lama makin jarang aku update entry baru atas sebab komitmen aku sebagai pelajar. Memang tak berkesempatan. Kalau ada pun masa mungkin aku kena gunakan masa tu untuk cas tenaga balik (letih. tak cukup tidur). Banyak ja benda yang nak dikongsikan (Eh..walaupun macam tak ada yang sudi membaca..hehehe).

Minggu lepas adalah cuti pertengahan semester. Aku memang bercadang tak balik rumah sebab tiket flight agak mahal. Siapa yang dah pernah baca entry sebelum2 ni, aku ada bagitau yang aku dari Kota Kinabalu. Lahir dan dibesarkan di KK sebab mak ayah aku dah lama duduk sana. Bukan sebab aku dah 'tak tahu' jalan pulang atau pun tak homesick. Gila tak homesick??! Nak buat macam mana. Itulah nasib orang jauh.


Tapi sepanjang minggu sebelum cuti midsem bermula, ramai classmate tanya  . . . .

"kenapa tak balik?" 
Sis, kalau daun mempelam kat kolej kita tu boleh bayar tiket flight, mestilah saya nak balik!

"tak homesick ke? aku yang rumah dekat pun homesick."  
Ya...tahu. Saya pun homesick jugak, nak buat macam mana kalau dah tak dapat balik. Melainkan awak nak sponsor return ticket untuk saya. heheh


"kenapa tak balik? terkejut pulak aku kau tak balik cuti ni" 
Haishhh...jangan terkejut sangat sis! Tamau..tamau...hmm..no no


. . .  dan banyak lagi soalan-soalan lain sampai tak larat nak jawab. . . 
Adakah menjadi satu kesalahan besar kalau tak balik walaupun cuti seminggu untuk orang jauh yang duduk sini merantau tempat orang semata-mata nak menuntut ilmu?


Sampai saya dah muak nak jawab soalan yg sama. Rasanya bukan sesuatu perkara yang pelik pun kalau pelajar yang dari jauh tak balik ke rumah masing2 jumpa family kan? Tapi tu laa soalan yang aku kena jawab hampir hari2. Akak jual pisang goreng kat main campus pun tanya soalan yang sama. HAHAH

Bagi menjawab persoalan2 mereka tu kenapa aku tak balik cuti midsem minggu lepas??? kemonn gaiss...seminggu ja kot. Aku nak jimat duit sebenarnya. Tiket balik raya nanti lepas habis exam mahal gila weyh!. Aku tak sampai hati nak menyusahkan mak ayah sebenarnya. Aku tengah cuba kumpul duit dari dropship yg aku buat.

Tu ja nak cerita. Tolong lahh.. jangan tanya macam tu banyak kali dengan orang yg senasib dengan aku ni. Kecik hati kami tau!


Sis sedih. HAHAHAH. Homesick.















You May Also Like

1 comments

  1. utk student baiklah berjimat. balik kg masa raya n cuti sem je kalau kena belon gak. seminggu je tu. bertabahlah duhai hati...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete

Popular Posts