Tak ada banyak nak cerita. Rangkumkan sedikit apa sahaja cerita pada bulan lepas. Hmm...Birthday aku, masuk semester baru, dah mula sibuk dengan kelas . . . walaupun belum cukup sebulan balik sini, tapi dah homesick.
Tak ada sapa kat rumah nak menolong buat persiapan kahwin kakak nanti. Walaupun majlis masa raya nanti, tapi banyak benda nak kena settle sebelum bulan puasa ni. Tunggu kami yang adik2 ni la balik rumah cuti semester nanti. Siapkan barang pelamin apa semua. Mama pun bukan boleh duduk diam. Sikit2 nak buat kerja. Pelamin pun gagah jugak nak buat. Selalu buat kat orang. Anak dia sendiri kahwin, dia teringin nak buat jugak.
![]() |
Seriously! Missing them. Semua ada. Walaupun Aman tak dak situ, gigih video call dia. (Muka dia dekat phone tu. hahah) Aku nak balik UPM dah masa ni. Rasa macam berat hati nak balik. |
Oh ya! Baru ni jumpa member. Saja lepak2. Banyak cerita sebab lama tak jumpa. Sampai tak sedar kedai pun dah nak tutup masa tu. Hasdi & Floretta... Geng masa POLIKK.
Hasdi sorang ja laki. Tak tau la macam mana dia boleh terjebak geng dengan kami yang gegurl ni. Tak cukup lagi 3 orang. Yang lain jauh2. Kami yang duduk belajar dekat2 ni pun baru kali pertama jumpa dekat sini. Floretta pun belajar dekat UPM jugak tapi tu laa...kolej aku hujung dunia. Payah jumpa. Rindunya kehidupan masa dekat Politeknik dulu. Diorang ni la selalu sekepala nak bahan aku masa kelas, lepas habis kelas, masa makan. Adoii.... hahaha
![]() |
No comments: