APAM TEPUNG BERAS FLUFFY - CONFIRM JADI!

by - Sunday, February 18, 2018

Siapa sini suka makan kuih apam tepung beras kita geng!

Kali ni saya nak berkongsi resipi yang sangat mudah. Kalau baru pertama kali nak cuba resipi ni, insyaAllah menjadi kuih apam tu. Resipi ni saya ambil dari buku catatan resipi mama saya. Resipi ni kawan mama saya yang kongsikan. Makcik kepada kawan mama saya tu memang buat apam ni hari2 untuk dijual. Memang sedap! Gebu, ringan dan mekar elok ja apam tu.

Sebenarnya dah lama tak makan yang mama buat. Teringin nak makan. Tapi kali ni saya sendiri nak cuba buat sementara menghabiskan sisa-sisa cuti semester hari tu, eloklah buat aktiviti berfaedah sikit kan?


RESIPI APAM TEPUNG BERAS
  • 1 cawan tapai nasi 
  • 1/3 cawan gula
  • 3 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan 7up / aiskrim soda - kalau tak letak yang ni pun tak apa. gantikan dengan air biasa.
  • 2 paket Eno - tanpa perisa ( campur Eno selepas adunan diatas diperam selama 4 jam)

Campurkan kesemua bahan KECUALI ENO. Guna blender ja. Senang! Dah sebati semua bahan dalam blender tu, peram 4 jam. Cukup 4 jam, campurkan 2 paket Eno. Kacau sebati. Kemudian boleh terus kukus guna acuan comel2 yang korang suka. 



*TIPS : NAK JADIKAN BENTUK KUIH APAM TU KEMBANG MEKAR ELOK ADA PECAH KAT BAHAGIAN ATAS, PASTIKAN ADUNAN DITUANG DALAM ACUAN BETUL2 PENUH. INSYAALLAH MENJADI.


Kalau tengok gambar kat bawah ni ada yang tak pecah bahagian atas tu sebab tuang adunan dalam acuan tak penuh. First time buat. Tak tau. hehehe... bila dah hujung2, adunan tu pun nak habis baru tahu. (Mama cakap dia dah pernah pesan sebelum ni. Tapi saya lupa!! Oopss...)


Jangan lupa makan dengan nyok (kelapa parut) tabur garam sikit baru umphhh!! Ya rabbi...sedapnyaaa...


Ok. Dah rindu dengan rumah. Walaupun baru seminggu kat sini. Merantau duduk tempat orang macam ni lah. Nak balik kampung rumah Tok pun nun jauh di utara. Cuti2 pendek ni mereput dalam bilik ja lah. Makanan sedap pun jadi tak sedap. Rindu mama, abah, kakak, adik2...
























You May Also Like

2 comments

  1. sukaaa apam beras. memang klasik tapi sedap.. dulu tak caya tau orang guna Eno gelak2 bila kazen buat untuk jual pakai Eno.. sungguh betul rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa kecik2 tengok mak buat, pelik jugak. terpikir masa tu, "mak aku letak ubat dalam kuih ni?" ...hahahah

      Delete

Popular Posts