Bekam Muka - Part 1

by - Saturday, January 28, 2017

Assalamualaikum...Happy CNY dan selamat bercuti kepada yang cuti..!!!  HOHOHo..

Kali ni nak bercakap pasal bekam muka. Pernah dengar dan pernah cuba tak? Sebelum ni, saya pernah cuba bekam kat belakang badan ja. Kalau first time buat, memang rasa sakit. Tapi lepas buat tu mcm nak buat lagi sebab badan rasa selesa sangat. Tak tau nak cakap mcm mana memang best lah.



*alat bekam. maaf ambil gambar atas laptop sebab bilik kurang lighting!!*

Pastu bila tau bekam kat muka ni boleh buat jugak, mula2 pikir mcm ngeri  jugak la. Tapi sejak dua menjak ni jerawat batu memang bermaharajalela dekat atas muka ni (dagu, pipi rasa kasar dan menggerutu sebab byk jerawat batu). Ini kali kedua saya buat bekam muka sendiri.

Dengan rasa geram dan marah sangat dekat jerawat batu semua tu, maka saya telah mengambil keputusan untuk bekam muka dengan tangan saya sendiri...cewahh!! Sebab alat2 untuk bekam memang dah ada kat rumah, jadi terus mulakan misi.

Mesti tertanya-tanya, "sakit tak?", "Tak lebam ke muka tu?" , "Kesan parut?"...

Memang tak sakit. seriously tak tipu! Saya yg takut2 berani pun boleh buat sendiri..cucuk guna jarum pen dengan yakin lagi tau. Kesan lebam pun tak dak. Satu tips jugak, masa nak pam cup bekam tu jangan terlampau kuat dan jangan biarkan cup tu sedut darah lama2 untuk elakkan kesan lebam. Parut pun takdak. Pastu kena tunggu dalam 3 hari mcm tu baru kulit muka dah bersih dari kesan bekam.

Hasilnyaa....TADAAA... jangan terkejut kalau muka uolss dah gebu dan licin dari sebelum ni..

*Lupa nak ambil gambar area jerawat sebelum dan selepas bekam*

Part 2 nanti saya cerita lebih lanjut lagi ye!...





You May Also Like

0 comments