Tamago Sushi

by - Friday, January 27, 2017

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan resipi simple, sedap dan mengenyangkan. (sebenarnya sebab tak ada bahan nak masak. HeHe )
Sebenarnya masa ni teringin nak makan sushi/kimbap (tapi tak suka seaweed), dan kebetulan pula bahan nak masak pun sgt terhad masa tu. Jadi, cari2 kat Google, ada jugak org Jepun buat sushi balut dgn telur dadar mcm ni. Memang kena la dgn selera aku tak suka makan seaweed. Terus masuk dapur buat...Masa dok cari2 idea nak buat sushi dgn bahan yg sgt terhad, ternampak pulak video bawah ni.




Bahan yang diperlukan:


-1 cawan Beras + segenggam pulut
(Cik Q guna beras biasa...beras yg kita mkn hari2 tuh..sebab beras Jepun tarakk. tu yang tambah sikit pulut supaya nasi tu lebih 'sticky'. Pulut byk kanji) 
- Garam, cuka, minyak bijan ( digaul dalam nasi untuk lebih berperisa) -4 biji Telur + ½ cawan air + garam secukup rasa
Goreng telur dadar senipis yg boleh atas pan.

Untuk inti dia pulak, suka hati korang lah nak letak apa. Sayur apa2 pun boleh yg penting sesuai. Tapi kali ni, Cik Q guna;
- Kentang dan carrot goreng kilas tambah garam dgn lada hitam.
(sebab tu ja sayur yg ada kat dapur masa tu)
- Daun bawang (tak payah potong. Susun atas nasi nnt.)Untuk sos pencecah dia, sangat simple.- Cili api
- Kicap manis- Garam secukupnya- cuka (kalau ada cuka epal lagi sedap)- Minyak bijan- seulas bawang putih (optional, sbb saya suka kalau 'sambal kicap' mcm ni ada bwg putih)





Cara-cara ( separuh dah kena explain kat atas) ;

Masak nasi mcm biasa. Pastu gaul nasi dgn cuka, minyak bijan dan garam secukupnya.
Letakkan telur dadar, ratakan nasi atas telur dadar pada separuh bulatan telur dadar sahaja. Kemudian, susun filling kat atas nasi ikut suka. Lepas dah puas hati, gulung kemas2. Pastu, potong ikut ketebalan yg korang suka. Guna pisau yg tajam baru kemas okeyy!!





.
.

Cubalah resipi simple ni. Sedap dan kenyang. hahah
.
.
Enjoy!









 
 

You May Also Like

0 comments