Sikap dan tabiat seseorang agak susah untuk diubah. Tidak semua orang sukakan aktiviti memasak, mahupun rajin ke dapur. Namun, sikap dan minat boleh dipupuk jika anda benar-benar ingin berubah. Adakah anda salah seorang yang dimaksudkan? Jika ya, teruskan membaca.
Oh ya! Entri kali ini bukan ditujukan khas untuk kaum hawa semata-mata. Kaum adam pun sama. Rajin-rajinkanlah diri kita memasak hatta nasi putih dengan telur dadar goreng garing ala Thai sekalipun *telan air liur*. Jom sama-sama tingkatkan kerajinan dan skil memasak!
Ini antara 5 tips yang mungkin berkesan untuk anda pupuk sikap rajin dan minat memasak :
- 1 JADIKAN AKTIVITI MEMASAK SEBAGAI RUTIN HARIAN
Paksa diri anda masuk ke dapur. YA! Langkah awal anda kenalah paksa, paksa dan paksa kaki anda melangkah ke dapur. Lepas dah masuk dapur, jangan mengelamun pulak! Fikir cepat menu apa yang nak disediakan. Dari sarapan, makan tengahari, makan malam,minum petang (kalau terlebih rajin)! Bagi yang bekerja pula, amalkan bawa bento ke tempat kerja anda. Kalau pelajar yang duduk kolej macam saya ni, memang tak dapat la nak memasak. Breakfast pun ikut mana sempat ja. Menu kafe lah jawabnya sampai rasa jemu sebab lauk yang sama hari-hari.
- 2 SETKAN DALAM MINDA ANDA, SIAPA YANG AKAN SEDIAKAN MAKANAN UNTUK ANDA KALAU BUKAN ANDA SENDIRI!
BetulkanUbah mindset anda. Cuba fikir kalau tiada orang yang nak sediakan makanan untuk anda. Siapa lagi yang anda harapkan?? Sanggupkah anda berlapar walaupun barang dapur banyak cuma perlukan sedikit saja usaha untuk tukarkan barang dapur itu menjadi satu hidangan yang lazat? Walaupun sebenarnya ibu anda yang selalu menggalas tugas memasak di dapur, ubahlah mindset anda. Cuba sesekali anda pula yang menggalas tugas memasak, mesti ibu anda bangga dengan anda! Biasakan yang tak biasa. Lama-lama terbiasalah. Nak masak pun tak payah tunggu mak suruh atau pujuk rayu. HEHEHE
- 3 PASTIKAN DAPUR SENTIASA KEMAS DAN BERSIH.
Sesudah selesai memasak, pastikan pisau, periuk, belanga dan senduk dicuci dan disimpan di tempat yang betul dengan kemas. Sinki bersih dari segala sisa. Bila dapur kemas dan bersih, nak masak pun senang hati. Makin bersemangat!
- 4 KONGSI MAKANAN YANG ANDA MASAK DENGAN ORANG LAIN.
Bagi yang baru belajar memasak, bukankah lebih seronok kalau anda berkongsi makanan yang anda masak dengan kawan-kawan, jiran, ataupun famili anda sendiri. Dengar komen ibu/ayah/adik-beradik anda terhadap masakan yang anda sediakan. Kalau dipuji, ia menjadi motivasi buat anda untuk terus memasak dan rajin mencuba sesuatu masakan yang baru bagi anda.
- 5 UPLOAD GAMBAR/VIDEO MASAKAN ANDA DI INSTAGRAM ATAU MANA-MANA MEDIA SOSIAL ANDA YANG LEBIH MERIAH.
Gunakan media sosial sebaik-baiknya. Ambil gambar atau video proses memasak, edit bagi cun, lawa-lawa, kemudian upload. Cara begini merupakan salah satu bentuk penghargaan anda sendiri yang dah berjaya mencuba resepi masakan baru atau sekadar berkongsi aktiviti anda dengan rakan di media sosial.
Kalau anda nak tahu, tips di atas selalunya saya praktikkan jika saya rasa malas untuk masuk ke dapur. HAHAHA... Kadang-kadang sengaja saya bermalas-malasan (tolong sediakan bahan ja) sebab nak makan masakan air tangan mama saya. Maklumlah, jarang ada di rumah. Gunakan cuti semester yang masih berbaki sebaiknya. YEAHH!
Cuba amalkan 5 tips mudah ini. Mana tahu, usaha anda kali ini berhasil. Kalau berhasil, kongsikan pada saya. Saya nak tahu juga sejauh mana keberkesanan tips ini. Mungkin selepas ini tempat yang paling anda gemar nak lepak mungkin di dapur. Selamat mencuba!
CT sukaaa tapi hahahaha.. malasnya nak masak sebab ade berdua je ngan mak.
ReplyDeleteha ah..tu la. kalau tak ramai kat rumah rasa macam malas nak masak. takut terlebih rasa membazir pulak kalau tak habis.. hahahah
Deletesaya memasak ikut mood
ReplyDeletehehehe
hmmm..betul jugak. saya pun kalau mood pun dah ke laut, masak maggi pun rasa malas. hahah..
Deletenice tips.. CT rasa boleh juga dipupuk dari kecil. bila nampak ada anak2 yang cenderung suka masuk dapur suka jenguk2 kita dok buat apa tu.. beri kepercayaan suruh dia buat kerja ringan2 dulu. kalo dia enjoy tu memang tahu da dia suka la tu dok dapur heheh..
ReplyDeletebetul tu CT. Adik bongsu (lelaki) tu nampak minat jugak masak. setiap kali saya nak masak apa2, saya ajak dia sekali. excited sangat. adik laki yg lagi sorang tu si abang, nampak sangat tak minat. jarang dia offer nak tolong2 kat dapur. hihihi...
Delete