Disember 2016 - Penutup Tirai 2016



Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2016. Macam-macam berlaku dalam hidup kita sepanjang tahun ni. Tahun ni agak mencabar jugak bagi aku sebab dah masuk tahun akhir aku dekat Politeknik. Bila masuk semester akhir memang tertekan sangat. Assignments, mini project, final year project, quiz, test, case study semua tu sangat meletihkan kepala otak. Tidur tak payah cakap. Selalunya 3 jam paling lama tidur. Kadang-kadang tak tidur langsung. Makan pun tak menentu. Pernah sampai terlupa makan. Malam baru makan. Tak pun makan apa yang ada ja dalam bilik. Biskut kering pun jadilahhh.. Ni bukan perkara pelik. Ni perkara biasa bagi pelajar. HAHAHA

Bila dah masuk musim exam, masa tu jugak terkejar-kejar nak siapkan report fyp. Dah siap sebenarnya masa tu cuma nak edit format lagi. Banyak perlu dibetulkan. Cek banyak kali supaya tak nyesal bila dah buat hardbound cover. Sampai ada paper paling last tu aku betul-betul belajar last minute. Esok pagi punya paper, petang ni baru boleh start belajar untuk subjek tu. Aku tahu inilah kesilapan pertama kali aku buat sepanjang pengalaman nak jawab exam. Aku tak tidur langsung malam tu. Risau yang amat. Tawakkal ja masa tu. 

Alhamdulillah dah lepas dah semua. InsyaAllah tunggu konvo lagi tahun depan. Yeayy!!











Disember 2016 - Penutup Tirai 2016 Disember 2016 - Penutup Tirai 2016 Reviewed by Cik Qenari on Saturday, December 03, 2016 Rating: 5

No comments:

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.