Kulit kayu manis untuk parut jerawat??

by - Monday, August 08, 2016

Sumber : http://www.wom.my/kecantikan/khasiat-kulit-kayu-manis/





Kulit kayu manis tak semestinya digunakan dalam masakan je tau. Bolej jugak untuk parut jerawat yang bermaharajalela dekat atas muka kita. Tapi kena ingat, TAK SEMUA ORANG SESUAI ! 

Sebab ada jugak kes yang Cik Qenari pernah dengar kulit muka tu mula meradang dan bengkak bila sapu kulit kayu manis ni kat muka. Kalau nak cuba untuk pertama kali, cuba letak sikit je bahagian yg bermasalah SAHAJA.

Cik Qenari tulis entry pasal ni pun berdasarkan pengalaman Cik Qenari sendiri. Hasilnya, memang ok sangat. Sebab muka Cik Qenari jenis yang kulit sensitif. Pakai mcm2 produk pun rasa membazir sebab tinggalkan kesan yang teruk lagi ada. OH TIDAK!!! 

Sebab tu Cik Qenari search sana sini tengok tips2 yg guna bahan2 organik ni. Salah satu cara yang berkesan bagi Cik Qenari, inilah!

Caranya mudah saja. Ambil kulit kayu manis tu pastu tonyoh kat belakang batu lesung tu sambil titiskan air. Pastu bila dah jadi macam lendir tu sapu dekat parut atau jerawat yang baru tumbuh tu. Tunggu kejap bagi kering kemudian baru bilas sampai bersih. Memang akan ada rasa gatal dan pedih2 tu. Kalau malas nak buat cara macam tu macam Cik Qenari guna je yang dah siap jadi serbuk campur dengan air biasa (sama je hasilnya mcm kita tonyoh kulit kayu manis tu kat batu lesung) atau perahan limau (kalau campur perahan limau lagi pedih tapi lebih berkesan bagi Cik Qenari laa. hihi). Cik Qenari pernah try jugak campur dengan bedak sejuk. 

Hasilnya boleh tengok dalam 2-3 hari mcm tu pastu pakai laa dlm 2 kali lagi untuk kesan lebih cepat. Parut jerawat yg dah lama kat muka tu makin pudar dan hilang. Suka sangat. Sampai kakak Cik Qenari tegur parut dah makin pudar. Siap tanya tips lagi buat macam mana pastu share dgn kawan-kawan dia. hahah

Sekali lagi Cik Qenari nak ingatkan  TAK SEMUA ORANG SESUAI ! Jangan kecam Cik Qenari kalau lepas ni jadi pelik2 kat muka korang.

Cik Qenari cuma nak sharing berdasarkan pengalaman Cik Qenari sendiri. ok?? Selamat beramal.

 *Boleh baca info mengenai kulit kayu manis di sini 1001 Rahsia Cantik & Sihat Dengan Kulit Kayu Manis*



 

You May Also Like

2 comments

  1. kalau letak kat jerawat batu ok ke cik qenari??

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far pakai ok. pakai sebelum tido esok pagi bangun tengok dah kecut. try lah :)

      Delete