Restoran Kak Syah - Imago Shopping Mall KK

Assalamualaikum...

Saja nak cerita minggu lepas ada keluar pergi KK kejap. Mak saya nak cari barang sikit-sikit untuk persiapan kawen sedara saya. Dia memang minat betul bab-bab nak buat pelamin. Kami adik-beradik tolong2 jaa... HEHE. Cuma hari tu beli bunga dan barang2 hiasan lain. Sikit ja nak kena beli pun sebab yang lain memang dah ada. Lampu2 hiasan dengan barang lain dah berlambak. 

 

Lepas round area Segama, singgah pulak Imago nak pegi Kaison. Barang tu ada kat Kaison jaa. Tapi memandangkan masa tu dah masuk tengahari, perut pun pedihhh yang amat, cari kedai makan dulu. Kaison pegi kemudian. Lapaaaqq...

Yang bestnya kalau jalan kat Imago ni sebab kedai2 makan semua kat groundfloor. Kira satu level tu memang kedai makan jaaaa...Lalu sini teringin...lalu sana teringin. 

 

Kebetulan jugak kami pun dah lama tak singgah Imago ni, tengah2 nak cari kedai makan best sekali ternampak satu restoran. Agak hipster. Nama restoran ni "Kak Syah".  Tak besar mana restoran ni. Tapi selesa. Makanan perghhh...sedap, banyak dan berbaloi sangat walaupun harga dia agak mahal sikit berbanding restoran biasa. Kan dah kata tadi, "hipster"...memang la. 

 

Kenapa mahal tapi berbaloi? Satu sebab sedap, satu lagi sebab untuk satu hidangan tu boleh makan 2 org. Gila banyak. Bayangkan adik lelaki saya tu jenis kuat makan jugak walaupun badan kurus keding tapi dia tak dapat habiskan. Tu pun dia memang share dengan kakak saya. Adik saya yg tu kalau makan kat kedai jangan harap nak makan kongsi2. Tak cukup bagi dia. Tapi kali ni dia tewas sebab wantan ho yg dia share dgn kakak saya tu banyak sangat. Tak tipu.

 

Konsep makanan di Restoran Kak Syah ni lebih kepada fusion cuisine. Memang kena selera dengan tekak kami ni atau org melayu nak makan western food tapi tak mau western sangat boleh try. Wahhh gitueeww

 

Okay hari tu kami makan chicken chop (signature dish Kak Syah), nasi lemak ayam berempah, wantan ho dan nasi goreng malapar (tak tau malapar tu maksudnya apa). 

 

Overall,  memang sedap. Sambal semua cukup pedas cukup rasa. Sos untuk chicken chop tu pun unik. Kalau tak silap macam santan pekat yg dah kena whip pastu bahan lain yg dicampur memang sesuai dengan chicken chop tu. 

 

Nasi Goreng Malapar

 



Nasi Lemak Ayam Berempah

 

Sebenarnya ni ja gambar yang sempat ambik. Dah lapaq sangat kan... hihhii

  

Restoran Kak Syah - Imago Shopping Mall KK Restoran Kak Syah - Imago Shopping Mall KK Reviewed by Cik Qenari on Tuesday, February 14, 2017 Rating: 5

7 comments:

  1. sedapnya nampak. sekarang ni harga mahal orang tak berapa kisah sangat janji sedap dan berbaloi kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..tu la..mahal sedap takpa. berbaloi kan :)

      Delete
  2. boleh try ni nanti makan di kedai Kak Syah tu kalau rajin turun ke Imago 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke Imago nak makan2 boleh try Kak Syah. sedap. Recommended.

      Delete
    2. terima kasih recommended 😉👌

      Delete
  3. Nampak menyelerakan nasi goreng malapar tu.

    ReplyDelete

Advertisement

Main Ad
Powered by Blogger.